Website jemputan kahwin
Website jemputan dengan RSVP, ucapan dan peta ke majlis. Semua dalam satu link yang senang dikongsi.
Tekan mana-mana telefon untuk cuba kad sebenar
Produk kami
Kad kahwin digital dalam satu link: tetamu buka, RSVP dan cari location.
Gambar tetamu terus ke TV dewan.
RM10 bersama kad Premium ke atas. Video sahaja ikut harga setiap video.
Lebih banyak add-on akan datang.
Koleksi tema
Tiada dua tema yang sama. Tekan mana-mana kad untuk buka dan cuba sendiri, kemudian tukar warna ikut majlis anda.
Versi tunang: tajuk, ayat jemputan dan doa bertukar, tanpa RSVP. Harga tema Premium & Premium+ RM5 lebih murah. Tekan mana-mana tema untuk cuba.
Video jemputan
Untuk status WhatsApp, story & TikTok, diisi dengan nama dan butiran majlis anda. Tekan video untuk tonton contoh.
RM10 setiap video bila diambil bersama kad Premium atau Premium+.
Nak video sahaja? Setiap video ada harga sendiri, tertera di bawah.
Satu link, semuanya ada
Tetamu buka kad, sahkan kehadiran, cari jalan dan tinggalkan ucapan. Pengantin nampak semuanya di satu dashboard.
Setiap RSVP dan ucapan tetamu terus masuk ke dashboard pengantin. Tak perlu kira manual, tak perlu pening-pening.
Pintu terbuka, sampul bermeterai, belon naik ke langit. Setiap tema ada pembukaan sendiri.
Tetamu sahkan kehadiran & bilangan orang. Senarai siap untuk katering, boleh muat turun.
Semua ucapan terkumpul di kad, dan pengantin boleh sembunyikan yang tak sesuai.
Sekali tekan terus ke lokasi. Tarikh terus masuk kalendar phone tetamu.
Lagu kegemaran berkumandang bila kad dibuka, terus dari korus pun boleh.
Setiap bahagian kad boleh dibuka atau ditutup ikut majlis anda. Ruang hadiah dengan QR pun pilihan: nak, kami letak; tak nak, kami tutup.
Cara tempah
Cuba kad contoh dan pilih warna yang sepadan dengan majlis anda.
Kami hantar senarai soalan ringkas di WhatsApp: nama, tarikh, lokasi, lagu.
Kad siap dengan link sendiri, contohnya amirsiti.kahwinkita.com.
Harga
Nak lebih? Ada juga perkhidmatan tambahan (add-on) seperti photobooth tetamu dengan slideshow TV dewan dan video jemputan, diaktifkan atas permintaan.
Soalan lazim
Tidak. Kad dibuka terus di browser phone dari link WhatsApp, sama ada iPhone atau Android.
Boleh. Tukar sendiri masa, lokasi atau aturcara di dashboard anda bila-bila masa, percuma, dan link kad kekal sama. Tetamu terus nampak maklumat terkini. Pindaan yang kami buatkan ikut terma di bawah.
Anda dapat dashboard peribadi: senarai RSVP, jumlah orang yang hadir, semua ucapan, dan boleh muat turun senarai untuk katering.
Boleh. Setiap tetamu boleh diberi link sendiri dengan nama mereka pada sampul, contohnya “Kepada: Encik Ali sekeluarga”. Dibuat terus dari dashboard anda.
Ada, sebagai add-on yang diaktifkan atas permintaan. Anda dapat kod QR untuk diletak di setiap meja dan satu link slideshow untuk TV dewan; ia tidak dipaparkan di dalam kad jemputan. Gambar hanya dikongsi di galeri majlis anda, lokasi GPS dalam gambar dibuang secara automatik, dan anda boleh sembunyikan mana-mana gambar.
Jom mula
Tanya apa sahaja. Kami tunjukkan contoh dan bantu pilih tema yang sesuai.